Today genap 1 bulan aku berehat dirumah-->selepas operation cyst..erm sgt boring,Harini aku ingat nk beli seekor or maybe 2 ekor kura2 utk menjadi teman aku sepanjang tempuh berehat...but xde orang nk bawak aku pg beli kura2 lor...uuhuh...aku rasa binatang adelah best terapy utk aku yg rasa lonely ni...nmpak luarku adalah seorang ceria, but you know what,inside feel empty...i dun know why...i always have person beside me such as my family,syukri and all my beloved fren..but i feel lost today...lost because aku bergaduh dgn kakak aku...so smlm duduk rumah terasa mcm duduk dlm neraka...aku sgt rapat ngan dia, cuma ada perselisihan pham antara aku dgn dia...mintak maaf kakaku..aku buat semua ni utk kebaikan kau...please forgive me for feel like i'm betray you..i dun mean it...
Honestly, aku masih x pham "si dia".Aku masih xpham ape yg dia inginkn dlm hidup..aku lebih bnyak belajar untuk lebih memahami dia,aku belajar utk mengawal perasaan cemburu aku pada kehidupan dia,aku cuba utk belajar menghormati orang yg "dia lindungi "sepanjang hubungan kami...dan aku cuba untuk tidak memikirkan perkara yg terlalu remeh yang boleh menjadi punca kami bertengkar lagi...aku terlalu penat dlm perhubungan ini...cuma ape yg bnyak menyelamatkan hubungan ini adalah sikap ambik berat dan sayangnyer dia pada aku...dan segala pengorbanan dia untuk aku...sampai satu tahap aku pkirkn...aku sayang dan rindu pada "si dia" tapi aku xder menaruh sbrang harapan dlm perhubungan kami.Biarlah waktu yg menentukan dimanakah noktah perhubungan kami...
Berdoa utk lbh kuat pada harini...dan jugak belajar menerima segala dugaan akan dtg....
Monday, November 1, 2010
Posted by Miszhidayah at 7:38 PM 2 comments
Tuesday, October 26, 2010
mari "update" blog
Disebabkan hari2 yg aku nk pg kerja tu umpama "Berjalan ke neraka" aku berhenti kerja dengan OCBC.Firstly takut jugak nk menganggur, tapi rezeki aku agak murah..selepas aku memasang niat nk berhenti kerja tu, aku terus ditawarkan oleh syarikat oil and gas sebagai HR Executive & Invoicing.Pada permulaannyer aku menyewa rumah di Wangsa Maju, tapi lame ke lamaan aku pun berulang alik dari kajang ke KLCC.Everyday bgn aroung kol 6.15 pg and bertolak ke tempat kerja pukul 6.45 pg,What the beautifull life?????huh!
January 2010:
June 2010:
August 2010:
Weeee! dah graduate from MMU.Pengalaman yg sgt menarik dan pilu...pilu kerna aku sambut bkn bersama dengan arwah mama yg aku kasihi....Namun aku brsyukur masih ada familyku disini.I heard MMU SO MUCH!but MMU bnyak sgt meninggalkan sweet memory bersamaku..setiap kali aku jejakkan diriku di MMU pasti akan aku tersenyum sendiri...Meh aku sharekn gambar2 convo aku yer...Thanks for all my frenz and also my wondergurl team yg dtg meraikan convo aku...i lve you all...and also thanks for:Muhammad Syukri Ramli: because dia bnyak menjadi tulang belakang aku sepanjang aku bergelar student MMU--->Walaupun dia jugak yg bnyak membuat aku menitiskan air mata..but iya nak ucapkan thanks yg terhingga kerna selalu jaga iya..big hug for you.
September 2010:
Weeee! beli kereta baru....sgt seronok!nnti aku share ngan korang yer gambar kereta baruku...hehehe
October 2010:
Bulan berehat aku dirumah...aku dicutikan selama 6 minggu after operation cyst dlm perut....sgt mmbosankan...thanks pada kekawan yg dtg melawat n mmberi kate2 semangat pada aku...love you all..muahhhhhhx
oklah next to be continue:
Posted by Miszhidayah at 10:23 PM 1 comments
Monday, September 14, 2009
my weekly update
========================================================
ok guys...nnti aku update lg blog ni yer...next time aku ingat nk share baju rayerku bersama korang....erm...gtg guys ta-daaaa!
Posted by Miszhidayah at 10:20 AM 0 comments
Monday, August 31, 2009
with amy mastura
ok guys...jumpa lg......daaa~~~
Posted by Miszhidayah at 9:26 AM 1 comments
Friday, August 28, 2009
freaky friday...yuhuuuuuu!!!!
Ni kek co-ko-lat(mcm anak buah aku ckp)
Posted by Miszhidayah at 7:19 AM 0 comments
Tuesday, August 25, 2009
Does we look like a twin???erm...
Erm ni hasil dari pencarian kembar aku di facebook....ramai yg bg komen not only look similar but same!....tang mane yg same ni yer...biarlah aku renung2kn.....
Posted by Miszhidayah at 12:30 AM 0 comments
Monday, August 24, 2009
tips bgn pg segar bugar...hehe
Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.
Posted by Miszhidayah at 10:55 AM 0 comments